Dakwaan di mahkamah Saiful_Bukhari_Azlan

Pada 7 Ogos 2008, majikan Saiful iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan melakukan seks luar tabii suka sama suka terhadap Mohd Saiful termasuk yang terakhir pada 26 Jun 2008 di unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara. Anwar Ibrahim yang hadir telah mengaku tidak bersalah. Pertuduhan itu mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. Malangnya laporan polis oleh Saiful tidak diberikan kepada Anwar Ibrahim untuk tugas pembelaan. Ini memungkinkan laporan tersebut terdedah kepada diubahsuai menurut keterangan yang diambil darinya nanti. [6] Syed Hamid Albar menyatakan laporan tidak diberi kerana pendakwaan belum dimulakan secara rasmi tidak masuk akal, walaupun Anwar telah diambil keterangan oleh polis. Saiful pula dicari oleh media untuk mendapatkan kenyataan media darinya tetapi tidak muncul-muncul sehinggalah pada 15 Ogos 2008.

Seksyen 377A Kanun Keseksaan memberikan definisi kesalahan tersebut:

"Mana-mana orang yang melakukan perhubungan seks dengan seseorang lain dengan memasukkan zakarnya ke dalam dubur atau mulut seseorang lain itu dikatakan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.[7]

Seksyen 377B Kanun Keseksaan menyatakan:

“Sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii secara sukarela, akan dihukum penjara maksima 20 tahun, termasuk sebatan.“

Manakala Seksyen 377C Kanun Keseksaan menyatakan:

“Persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan dan pesalah boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.“

Rujukan

WikiPedia: Saiful_Bukhari_Azlan http://bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=35307... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2008/08/muf... http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com http://riwayathayat.blogspot.com/2008/03/awas-ada-... http://profiles.friendster.com/saifulbukhari http://www.malaysiakini.com/news/85978 http://www.malaysiakini.com/news/98958 http://putrawangsa.com/anwar-ibrahim-liwat-mohd-sa... http://putrawangsa.com/laporan-polis-saiful-bukhar...